Wednesday 26 April 2017

Fort Supai : Sejarah Yang Dilupakan

Kalau anda terlepas pengembaraan kami beberapa jam sebelum ini, sila KLIK SINI unutk mengetahui mengapa tiba-tiba terjun ke dalam entri kedua ini.

p/s : Jangan marah ye. Kelihatan saya malas untuk mengulang cerita yang telah berlaku sebelum ini hehehe

Petang Yang Mendung

Setelah puas bergambar sakan di Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Karah, Padang Kemunting, saya dan adik saya terus bergerak menuju destinasi kami seterusnya, Fort Supai.

Pasti ada dalam kalangan anda termasuk Malaccan sendiri tidak pernah atau mungkin pertama kali mendengar tentang tempat ini. Memandangkan saya ini kaki sejarah lama/kuno/purba, maka destinasi seterus kami merupakan lokasi paling tepat bagi melihat sendiri kesan peninggalan sejarah yang makin dilupakan. 

Jujur saya katakan, saya berasa sangat sedih melihat nasib kota malang ini. Masakan tidak, sejarah yang berusia lebih 250 tahun ini semakin dilupakan dan paling sadis, ia lansung tidak diangkat sebagai salah satu produk pelancongan yang sewajarnya.

Langit mendung dan hujan antara turun membasahi bumi masih samar-samar. Jam menunjukkan sekitar 5.30PM dan saya meluncur laju melalui persisiran Kampung Teluk Gong. Melepasi Stesen Janakuasa PowerTeck, saya terpandang pulau kecil yang sangat popular dalam kalangan masyarakat terutama penduduk setempat, Pulau Konet. Insyallah, ada masa saya mahu ke sana lagi. Sudah lama tidak ke sana. Jika tidak silap saya, sudah lebih 10 tahun tidak ke situ. Saya simpan dahulu cerita Pulau Konet pada entri akan datang. Tidak boleh cerita awal-awal. Nanti hilang 'kejantanan' pulau tu hahaha

Setelah memasuki Pekan Kuala Sungai Baru, saya terus mencari stesen minyak Shell. Memandangkan hanya terdapat sebuah stesen minyak di sini, maka ia merupakan SATU-SATUNYA stesen minyak yang menjadi nadi kehidupan untuk hampir keseluruhan penduduk di Teluk Gong, Kuala Sungai Baru malah sehingga sejauh Kuala Linggi yang terletak 10KM++ dari sini. Pendek kata, stesen minyak ini merupakan penyelamat bagi radius 10KM dari sini!

So, nasihat saya, sekiranya anda TELAH melepas Pekan Masjid Tanah, maka. Kuala Linggi merupakan kawasan terakhir anda bakal menjumpai stesen minyak. Pandai-paidailah ye kalau pandu kereta nanti. Kena berhemah ketika memandu bagi menjimatkan minyak hahaha

Pekan ini sangat nostalgia. Mengimbau zaman saya ketika sekolah. Saya akan bercerita tentangnya satu hari nanti. Kali ini, fokus saya adalah Fort Supai


Kota Peperangan - Persahabatan

Memandangkan tidak banyak sejarah yang diceritakan tentang kota ini, maka tidak banyak maklumat tentangnya. Lebih sadis, kota ini lansung tidak disebut di dalam buku teks sejarah sekolah sedangkan sejarah pembinaan kota ini penuh dengan tragedi.

Sebelum pihak Belanda menguasai Rumah Api Tanjung Tuan ( Cape Rachado Lighthouse ), Belanda mahu mempunyai akses kepada perdagangan bijih timah di lembangan Sungai Linggi. Sungai Linggi merupakan sempadan semulajadi yang memisahkan Melaka - Negeri Sembilan. 

Namun, ini mengundang rasa tidak puas hati kebanyakan penduduk Bugis yang mengusahakan aktiviti tersebut. Ini menyebabkan tercetusnya peperangan antara Belanda - Bugis pada tahun 1756. Namun begitu, peperangan tersebut hanya berlarutan kurang 2 tahun dan pada tahun 1757, satu perjanjian damai ditandatangani bersama dan pada tahun 1758, pembinaan kota ini dilakukan sebagai simbolik kepada usaha damai mereka.

Belanda menjadikan kota ini sebagai pos kawalan bagi memerhatikan aktiviti perdagangan di muara Sungai Linggi .


Asal Usul & Geografi

Fort Supai juga dikenali sebagai Kota Belanda/ Kota Bukit Supai/ Kota Bukit Belanda/ Bukit Supai bagi sesetengah penduduk. Asal usul nama Bukit Supai tidak diketahui dam kedudukan bukit ini yang menghadap muara Sungai Linggi dan laut di bahagian Barat bukit ini menjadikan mengapa Belanda beriya-iya mahu mengusainya.

Pada asal pembinaan kota ini, ia merupakan sebuah kota yang dilengkapi binaan seakan kubu dan dinding, juga terdapat meriam. Ia dibina berasaskan batu merah/laterit. Namun, disebabkan ia 'tenggelam' berpuluh tahun selepas perang, maka ia dilupakan sehingga hampir keseluruhan dindingnya runtuh dan rosak. Namun begitu, pada tahun 1974, Jabatan Muzium mengambil alih kota ini dan menyelamatkan runtuhan kota ini daripada terus petaka.

Disebabkan kota ini terletak diatas sebuah bukit seakan tanjung, maka ia amat strategik untuk memantau laluan kapal pedagang samada di muara sungai mahupun di Selat Melaka. Ia digambarkan, kota ini memiliki dua pusat peninjau dan ini sangat menguntungkan pihak Belanda. Kawasan sekitar bukit ini juga merupakan kawasan paya bakau yang memberi kelebihan kepada pihak Belanda disebabkan paya bakau sukar ditembusi memandangkan akar ceracaknya yang berselirat. Ini memberikan perlindungan kepada pihak Belanda dari segi pertahanan yang jitu sekiranya diserang musuh.

p/s : kalau berdegil juga, mati engkau nok kena bom dengan meriam Belanda tu!


Perasaan

Saya sudah lama memendam hasrat mahu menjejak kan kaki ke sini. Namun, seperti biasa, kekangan masa, label sebagai pelajar, kurang ongkos dan sebagainya menjadi penghalang terbesar. Akhirnya, saya telah berjaya ke sini dan 'YES'!

Permulaannya, saya melihat kota ini seakan menakjubkan. Ini kerana, kota ini boleh diakses melalui dua pintu masuk. Satu melalui jalan persisiran pantai yang melalui kawasan rumah penduduk kampug. Laluan ini merupakan pintu masuk Barat dan ia menghadap Selat Melaka. Satu lagi laluan ialah melalui Restoran Ikan Terapung Kuala Linggi. Ini merupakan laluan yang sering digunakan dan ia melalui jajambat atas air dan melalui celahan paya bakau.



Jejambat yang menghala ke Fort Supai


Saya memilih laluan di restoran terapung memandangkan saya perlu memastikan motor yang dinaiki senang dipantau semasa parking. Hilang, mahu bermalam atas kota tu!

Memadangkan kami tiba di sana sekitar jam 6.15PM, maka suasana sudah hampir senja. Adik saya sudah tidak sedap hati kerana, yelah, sudah senja, then, masuk kota 250 tahun + laluan celah paya bakau. tetapi, saya gigihkan hati kerana, ia mungkin peluang terakhir saya ke sini. Akan datang, tidak tahu samada kota ini masih wujud lagi atau tidak.

Berjalan melalui jejambat ini, beberapa pengusaha restoran di situ seperti tertanya-tanya, apalah yang kami buat di sini. Mahu katakan singgah ke restoran mereka tidak. Malah, reaksi kami seperti orang luar menjadikan mereka lebih curiga. Lebih curiga, kami berdua pergi ke kota tersebut!

Oh tidak! 

Saya abaikan pandangan mereka dan sebelum itu, wajib untuk mengambil gambar kenangan abadi



Rambut serabai
Abaikan


Melangkah saja naik anak tangga, aiyo sudah tercungap. Lama tidak hiking, so, terasa penat even anak tangga bukan mencanak seperti Batu Caves!

Setibanya di kawasan puncak, saya berkata kepada adik saya..

OMG! What happen to this place??!!

Bersepah dengan daun-daun layu juga tidak terurus. Terperanjat kami berdua.



Terdapat beberapa replika meriam.
Namun, tempat ini lansung tidak terurus




Sebahagian daripada kota ini masih mengekalkan binaan asasnya




Candid! 
Bergambar di pintu masuk Barat yang menghadap Selat Melaka




Wellfei bersama adik




Ini adalah antara runtuhan Tembok Barat.
Diambil di tangga masuk Pintu Barat




Misi mendaki tangga dari Pintu Barat



Swafoto bersama adik.
Di tengah-tengah kota ini, sebenarnya merupakan padang rumput yang terbentang luas


Seteah puas bergambar, saya dan adik saya menuruni tangga untuk pulang. Perasaan saya bercampur baur takala melihat keadaan kota ini. Adakah ianya sebuah unsung places yang memerlukan pemerhatian ramai? Warisan kota ini wajib dipelihara kerana a tidak disebut di dalam buku teks sejarah sekolah, tetapi kewujudannya merupakan bukti lahiriah yang menyimpan sejarah dan memori 250 tahun lalu. Entahlah....



Sebelum pulang, menyaksikan suasana senja berhadapan lembangan Sungai Linggi



Jika anda perhatikan secara teliti, di hadapan saya terdapat dua buah batuan kecil ( islet ).
Di sebelah kiri merupakan Batu Berjambul dan 
di sebelah kanan tidak diketahui namanya.
Kedua-dua islet tersebut merupakan antara legend di lembangan Sungai Linggi


Jauh perjalanan, luas pengalaman. Itulah yang dapat disimpulkan melalui pengembaraan saya kali ini. Saya berasa puas dapat menjejaki kaki ke sini setelah memendam rasa dan perasan lamanya. Jam menunjukkan 6.30PM dan kami bergerak pulang. 

Dalam perjalanan pulang, saya memilih melalui Pekan Kuala Sungai Baru semula dan terus melalui Lubuk Redan dan seterusnya melewati Masjid Tanah. Nostalgia saya kembali mengimbau kenangan lepas setelah hampir 10 tahun tidak menjejaki pekan berstatus bandar ini. Insyallah, sekiranya ada masa kelak, saya mahu menghabiskan masa bergambar di pekan ini terutama simpang tiga dan menara jam yang begitu ikonik di pekan ini. 

Ketika melalui pekan ini, ternampak pula kedai bundle!

OMG! Singgahlah!

Asalnya mahu singgah sekitar 15 minit memandangkan hujan renyai ketika itu dan mahu berhenti sebentar. Tetapi, end up sehingga 35++ minit dan hati terpaut dengan sweater yang dijual di sini. Godaan hati tidak mampu kutahan, terus grab! Nasib baik RM 5....



Lokasi kedai bundle ini betul-betul berhadapan dengan Stesen Shell Lama Masjid Tanah
Jangan terkeliru dengan Stesen Shell Baru kerana stesen baru sekitar 100 meter ke hadapan




Adik saya pun 'cair' melihat pilihan baju dan harga yang sangat murah.
Yelah, RM 5 - RM 15 je. 
Siapa tak nak beli


Akhir sudah pengembaraan saya kali ini. Insyallah, nantikan update terbaharu saya sekiranya ada masa kelak. 


4 comments:

Unknown said...

Nice.tq for sharing.

Anonymous said...

Perkongsian yang menarik

HAIKAL HAMID said...

Ooo ni lah sejarah fort supai dh lama dilupakan.....selalu pergi sini tapi tktau sejarah dia ..... Teruskan bg ceritakan tentang sejarah...saya suka👍✨

Anonymous said...

Baru lalu kota supai, tak pernah tahu sejarahnya. Thank you for sharing info