Semalam saya
dan adik saya telah mengerah tenaga dengan perjalanan hampir 80KM dan ia
merupakan perjalan yang panjang bagi kami. Walaupun penat, namun minat
mengatasi segalanya takala bergambar kenangan di salah sebuah keunikan dan
keajaiban semulajadi yang JARANG diberi perhatian di Melaka.
p/s : Sampai
rumah, tidur tak ingat dunia!
Belum habis
kepenatan mengunjungi titik pertemuan sempadan tiga negeri selatan Semenanjung
Malaysia, keesokan hari kami bergerak pula ke sebuah lagi lokasi yang saya
percaya, TERASING bagi rakyat jelata bumi Hang Tuah, namun sebenarnya ia adalah
jajahan takluk negeri yang paling hijau.
WAIT! Apa
maksud ‘jajahan takluk’ ?
Seawal Jam 2PM,
saya bertolak keluar dan menempuh perjalanan yang jauh ke utara Melaka. Kalau
sebut sahaja utara Melaka, ramai dalam kalangan kita berfikir ia adalah Alor
Gajah atau Masjid Tanah. Namun ramai tidak mengetahui bahawa titik paling utara
Melaka bukan terletak di dua bandar kecil ini, namun ia adalah sebuah kawasan
hijau yang terletak di luar Melaka!
Sekejap! Bukan
Kuala Sungai Baru atau Kuala Linggi ke titik paling utara Melaka?
Salah dong!
Mahu jawapan tepat, teruskan membaca. Kata orang, membaca jambatan ilmu .
Tempat yang
saya maksudkan adalah Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan.
p/s : Bukan
Tanjung Harapan! Tu nun kat Afrika Selatan sana. Insyaallah ada rezeki nak fly ke
sana
Latar Belakang
& Sejarah
Ramai tidak
meneydari bahawa Tanjung Tuan adalah sebahagian daripada kawasan kedaulatan
negeri Melaka Darul Takzim.
Tapi En.
Gerabak Kecil, itu Port Dickson a.k.a PD. Dan termaktub dalam peta dunia, PD tu
adalah sebahagian daripada Negeri Sembilan.
Sabar, teruskan
membaca! Jangan nak lawan penglipur lara. Kena tulah nanti!
Ia merupakan
sejarah yang amat panjang semenjak penaklukan Portugis terhadap Melaka pada tahun
1511. Memandangkan Portugis memerlukan bantuan pemerhatian terhadap Selat
Melaka, mereka membina rumah api pertama di atas punck tanjung ini. Sebenarnya,
TIDAK terdapat sebarang tarikh rasmi pembinaan pertama rumah api ini namun dipercayai ia
dibina antara tahun 1528-1529. Ketika itu, jajahan takluk Kesultanan Melaka
adalah sangat luas sehingga ia menjangkau ke sebahagian Kepulauan Sumatera.
Ketika ini, keperluan kepada keselamatan laut amat penting terutama pembinaan rumah
api memandangkan serangan lanun merupakan antara cabaran terbesar di Selat
Melaka lebih-lebih lagi laluan perkapalan di sekitar Tanjung Tuan adalah
sempit. Ini membahayakan laluan kapal serantau yang melalui selat ini.
Namun begitu,
Tanjung Tuan menjadi bualan ramai sehingga hari ini takala berlakunya perang
antara dua kuasa besar ketika itu, Portugis dan Belanda. Belanda, sebuah
kebangkitan baharu dalam dunia perkapalan dan imperalisme, menguasai hampir
keseluruhan Kepulauan Indonesia. Tamak dengan kuasa, mereka ingin menguasai
Selat Melaka dan menjatuhkan Portugis yang telah menjajah Melaka hampir 100
tahun ketika itu,
Bagi memecahkan
monopoli Portugis, mereka melancarkan perang perebutan ke atas Tanjung Tuan
pada tahun 1606 dan pertemburan ini dikenali sebagai Pertempuran Tanjung Tuan
(
Battle of Cape Rachado ). Malang bagi
pihak Belanda, mereka tewas dengan kekalahan yang amat memalukan. Ramai yang
tidak tahu perang ini merupakan perang terbesar yang berlaku di Kepulauan
Melayu yang melibatkan antara dua kuasa besar dalam imperalisme maritim.
Kekalahan ini juga menjadi titik tolak kepada Belanda dalam mencari sekutu di
Selatan iaitu Johor!
p/s : Maaf
orang Johor, tak bermaksud untuk mencari kesalahan anda. Ampunkan den.
Ketika itu,
Kesultanan Johor merupakan sebuah kerajaan Melayu yang sangat kaya dan
berkuasa. Dengan bantuan bekalan peperangan dari Johor terhadap Belanda,
akhirnya 35 tahun kemudian ( 1641 ),
Portugis tewas kepada Belanda dan Melaka jatuh ke tangan Belanda secara rasmi.
Tamatlah penjajahan 130 tahun Portugis terhadap Melaka.
Belanda
mendapat manfaat yang besar setelah penguasaan Melaka dan Tanjung Tuan terus
menjadi antara rumah api terpenting yang dikawal selia oleh mereka. Pada tahun
1817, dipercayai bangunan lengkap kemudahan pertama rumah api ini dibina bagi
meningkatkan keupayaan pengoperasian. Namun, era Belanda menjajah Melaka tidak
lama kerana, ketika itu, satu lagi kuasa baharu imperalisme muncul iaitu
British.
British lebih
licik berbanding Belanda dalam mendapatkan jajahan takluk baharu selepas
kejayaan menguasai Goa, sebuah bandar pelabuhan terpenting di India yang
menjadi tempat persinggahan pelayar di Lautan Hindi. Brisith telah menguasai
Singapura dan Penang, dan bagi merealisasikan matlamat mereka menguasai Selat
Melaka secara total, British membuat pertukaran dengan Belanda melalui Perjanjian
Inggeris – Belanda 1824 ( Anglo –Dutch
Treaty of 1824 ). Melalui perjanjian ini, British menyerahkan Bangkhulu,
Indonesia kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada British.
Perjanjian ini menjadi titik tolak dua pengaruh besar di Kepulauan Melayu iaitu
British di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.
Kejayaan
British mengawal selia Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Puteh ( Pedra Branca )
di Selat Singapura pada tahun 1851 mengukuhkan lagi penguasaan British dan ini
turut melibatkan Rumah Api Tanjung Tuan. Pada tahun 1863, British menaik taraf
Rumah Api Tanjung Tuan dan dengan binaan batu yang lebih kukuh. Binaan struktur
batu ini masih kukuh dan kekal terpelihara sehingga kini. Rumah Api Tanjung Tuan
mencapai mencapai zaman kegemilangan dibawah pemerintahan British selepas
Melaka menjadi Negeri-negeri Selat pada tahun 1867.British kekal memerintah dua
rumah api paling penting dalam sejarah Tanah Melayu iaitu, Rumah Api Horsburgh
dan Rumah Api Tanjung Tuan sehingga kemederkaan negara pada tahun 1957.
Memandangkan
Tanjung Tuan adalah sebahagian daripada jajahan Negeri-negeri Selat Melaka,
selepas merdeka, Tanjung Tuan masih kekal dibawah kedaulatan Melaka walaupun
kawasan sekitar telah menjadi kawasan takluk Negeri Sembilan. Ini dapat
dibuktikan dengan papan tanda sempadan negeri yang terdapat di jalan masuk ke
Tanjung Tuan.
Siapa sangka di satu kawasan Port ZDickson, sebenarnya 'tertanam'
sempadan antara negeri yang JARANG ditemui!
Tanjung Tuan
kini merupakan SATU-SATUNYA jajahan luar negeri Melaka yang dikelilingi oleh
kawasan kedaulatan luar. Ia merupakan satu keunikan kerana siapa sangka,
sejarah yang berusia lebih daripada 750 tahun ini masih kekal sehingga kini dan
ramai yang tidak mengetahuinya. Maka, tidak hairanlah ramai orang luar,
termasuk rakyat Melaka TIDAK sedar bahawa sebenarnya Tanjung Tuan adalah
sebahagian daripada negeri Melaka dan a berada dibawah penyeliaan Majlis
Perbandaraan Alor Gajah.
Kita lazim
mendengar Tanjung Tuan, Port Dickson berbanding Tanjung Tuan Melaka. Ia adalah
benar kerana Tanjung Tuan terletak di dalam kawasan Port Dickson namun begitu,
segala urusan dan kedaulatan serta pemilikannya berada dibawah Melaka.
Jangan
terkeliru ye
Era Selepas
Penjajahan
Kini Rumah Api Tanjung Tuan masih kekal beroperasi dan ditambah dengan radar pengawalan MEASAT. Selain itu, seluruh kawasan Tanjung Tuan ini telah digazetkan sebagai Hutan Simpan kekal pada tahun 1921dan kemudian, pada tahun 1971, ia diwartakan sebagai Kawasan Hidupan Liar dan Burung-burung.
Mengapa?
Ini kerana Tanjung Tuan merupakan perhentian PALING PENTING burung pernghijrahan antara Tanah Besar Asia dan Indonesia - Australia! Setiap tahun, antara bulan Mac - April, burung-burung yang yang bermigrasi akan singgah di sini untuk berehat dan mencari makanan sebelum meneruskan perjalan mereka ke Selatan. Para saintis percaya bahawa Tanjung Tuan merupakan jambatan penghubung antara Tanah Besar Asia - Indonesia/ Australia. Ini diperkukuhkan dengan kawasan tanjung ini yang dikelilingi batu karang cetek di sekitar pulau ini. Maka, berpusu-pusu lah setiap tahun pemerhati burung dari seluruh dunia seperti Singapura, Taiwan, USA, Australia, Jepun dan Korea sanggup terbang jauh semata-mata mahu melihat gelagat burung ini secara dekat!
p/s : Sekiranya anda mahu menginap di sekitar kawasan Tanjung Tuan, PNB Ilham resort adalah hotel paling hampir dan betul-betul berhadapan dengan pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini. Anda juga boleh mencari pelbagai pilihan penginapan kurang 500 meter dari pintu masuk hutan simpan ini melalui Agoda.com atau Booking.com
p/s : Sekiranya anda mahu menginap di sekitar kawasan Tanjung Tuan, PNB Ilham resort adalah hotel paling hampir dan betul-betul berhadapan dengan pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini. Anda juga boleh mencari pelbagai pilihan penginapan kurang 500 meter dari pintu masuk hutan simpan ini melalui Agoda.com atau Booking.com
Perjalanan
Perjalanan saya
mengambil masa hampir 2 jam kerana saya melalui jalan pantai di Pengkalan Balak
– Teluk Gong. Kemudian, diteruskan dengan melepasi Pekan Kuala Sungai Baru,
seterusnya Kuala Linggi dan tiba di Tanjung Tuan pada jam sekitar 4PM.
Ia perjalanan
yang jauh, tapi kerja gila punyer pasal, saya redah je!
Kenderaan tidak
dibenarkan memasuki kawasan ini kerana ia adalah hutan simpan kekal. Dengan
bayaran RM 1 satu kepala, anda perlu berjalan menongkah ketinggian di jalan
berturap sepanjang 800 meter!
p/s : Memang
penat! Ada satu part di laluan ini yang agak menegak ke atas
Akhirnya, saya sampai!
Antara laluan berturap yang 'OK' ketika proses pendakian
Ini laluan yang maksudkan! Memang tercungap-cungap!
Finally! Sampai! Selalu tengok dalam blog.
Tapi hari ini, berjaya jejakkan kaki ke sini!
Nampak maam tinggi, tapi tak pun.
Sedia mendaki!
Hidangan video untuk kesan live action!
Pemandangan dari atas puncak rumah api
First time tengok rumah api secara dekat, so 'jakun' jap!
Dari sudut lain
Actually nak tunjukkan Selat Melaka, tapi matahari panas membara atas kepala
dengan silaunya. So, gambar jadi tak jelas
Abaikan muka saya yang berpeluh + messy.
Nikmati pemadangan Selat Melaka OK
Setelah puas
mendaki, kami mengambil langkah menurui curam tebing tanjung ini dengan laluan
jungle tracking yang terdapat di penghujung rumah api ini.
Ini laluan jungle trekking yang saya maksudkan
Peta laluan burung migrasi dan rentas Tanjung Tuan
Saya tidak berkesempatan mengambil gambar di cerun-cerun curam
kerana laluan di sini sangat mencabar. Penat!
Pengajaran daripada kami, sila apply mosquito repellent
sebelum masuk hutan
Laluan ini amat
curam dan saya benar-benar menyesal memakai seluar jeans takala melakukan
jungle tracking! Sesekali saya berhenti untuk mengambil gambar di beberapa posisi
menarik di laluan ini.
Setelah 15
minit berjalan, akhirnya saya dan adik saya tiba kawasan pantai di kaki tebing
tanjung ini. Damai sejenak hati ini melihat kebesaran ciptaan Ilahi. Pemadangan
yang sangat cantik memukau jiwa dan kepenatan menuruni tebing tadi hilang
takala melihat permata Melaka ini.
Akhirnya sampai juga!
Abaikan apa yang dilakukan oleh pemuda di atas
Credit to my brother for this amazing work!
Susah nak allign kan kepala dengan horizontal line laut tu katanya.
Gambaran jelas celah-celah batu yang menjadi saksi
berdirinya kami sebentar tadi
Air surut membolehkan kami menghabiskan amsa lebih di pantai ini.
Another credit to my bro for this stunning view!
Tidak silap
untuk saya menggelar tempat ini sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Alam Semulajadi Melaka. Batu persisir pantai yang cantik ( even tajam! ), desiran
ombak yang memecahkan kesunyian pantai, bayu laut yang lembut juga sekali
sekala kedengaran kicauan burung dan monyet yang memecahan kesunyian hutan di
belakang kami.
Di suatu sudut
lain, terdapat kawasan batu karang yang cetek. Tetapi, memandangkan kami
tidak membawa pakaian renang, hanya
sekadar melihat karang laut dari tepi bibir pantai. Seperti yang saya nyatakan
sebentar tadi, di sini terdapat dua buah pulau kecil yang dikenali sebagai
Pulau Mesjid dan Pulau Intan. Kami tidak ke sana walaupun jaraknya sangat
berhampiran dengan lokasi pantai tersebut kerana kami mengejar masa.
Setelah puas
berwelfie, maka bermulalah episode menaiki anak tangga jungle tracking yang
hampir memengsankan saya!
Nampak gaya dah
tua dah badan ni, lebih 10 kali berhenti sedangkan adik saya jauh ke hadapan!
Sekitar jam
5.30PM, kami bergerak meninggalkan
Tanjung Tuan dengan perasan sedih. Saya masih belum merasa puas kerana banyak
lagi hotspot menarik di sana yang berlum diterokai. Deruan angin dan ombak
masih terbayang di mata saya. Kembara ini sangat berbaloi walaupun singkat.
Cuma, saya sedikit kecewa kerana kawasan pantai tersebut sedikit bersepah. Pilu
hati melihat botol air mineral dan seluar mandi yang tidak digunakan bersepah
di suatu sudut di kawasan ini. Golongan sebegini saya percaya 100% tidak menghormati
alam kerana di dalam fikiran mereka, anugerah alam boleh dibeli dengan wang
ringgit!
Sekiranya anda
seorang ahli biologi, saintis marin, saintis alam sekitar, aktivis alam
sekitar, pemerhati burung pengembara
atau mungkin seorang yang mencari kelainan dalam pengembaraan, datanglah
mengujungi Tanjung Tuan kerana siapa sangka, wilayah exclave Melaka ini masih
tidak terusik dengan pembagunan melampau yang dahagakan keuntungan duniawi.
Tanjung Tuan,
antara 7 Keajaiban Alam Semulajadi Melaka!