Thursday, 27 April 2017

Jelajah Penang : Mutiara di Utara Tanah Air Part 2

Baiklah, alkisah bermula apabila saya dan rakan saya mengejar masa untuk ke sana, Memandangkan masa itu adalah platinum + emas, kami naik flight lah. 

AirAsia dihatiku!

Riang ria raya terasa apabila AirAsia suka sangat membuat promosi. Ketika saya melayari laman web AirAsia, kebetulan promosi sedang berlansung. Maka berbekalkan keazaman mahu menaiki flight buat pertama kalinya, terus grab tiket. Lebih manis, harga promosi menawarkan tempat duduk pada harga RM 29 sahaja!

Sebelum menaiki flight, barang harus dipek dengan sempurna. Memandangkan trip kami lebih kepada backpacker, maka segala macam keperluan dibawa. Saya mesti kena bawa banyak baju dan hasilnya adalah seperti gambar dibawah.



Muatan penuh!

Kami tiba di klia2 hampir tepat pada masa iaitu 1 jam sebelum pesawat berlepas. Bayangkan, dengan beg seberat 12kg, mahu tercabut bahu memikul. Itu tidak ditambah lagi kekeliruan ketika mahu daftar masuk ( check in ), check in luggage dan mencari pintu pelepasan. Apa yang bestnya, klia2 ini sangat besar dan moden cuma tidak seluas seperti KLIA memandangkan klia2 dibina berdasarkan tier menurun. Ini bermaksud, anda perlu menuruni eskalator untuk ke balai pelepasan.

Setibanya kami di pintu berlepas, penumpang telah mula ramai menunggu. Namun, malang tidak berbau, penerbangan kami tertangguh hampir 30 minit gara-gara keadaan cuaca tidak baik. Tepat jam 11am, maka bermulalah episod terbang diawangan. 

Yeah!!!



Saya memilih tempat duduk ditepi tingkap.
Excited sangat nak tengok awan katanya.




Ini antara gambar yang sempat dirakam saya.
Kalau tidak silap, ini adalah Kuala Selangor





Akhirnya, roda AirAsia dapat dijejakkan di bumi Penang! 
Terima kasih Pak Cik Pilot



Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kami terus mencapai luggage kami dan menuju ke platform menunggu. Dari sana, kami menaiki bas Rapid Penang. 


Bercakap tentang Rapid Penang, ia adalah sistem bas henti-henti kendalian Syarikat Prasarana dan boleh dikatakan, kemudahan ini merangkumi hampir 90% daripada keseluruhan wilayah pulau dapat diakses dengan hanya menggunakan bas ini. Ramai pengunjung dalam negara a.k.a Malaysia yang tidak menyedari kemudahan ini terutama bagi mereka yang memiliki bajet yang ketat ketika bercuti di sini. 

Rapid Penang menjadi pengangkutan utama penduduk Penang dan juga pelancong asing yang mahu menuju ke tempat-tempat menarik di Penang. Jangan terkejut, sekiranya pelancong Eropah lebih ramai dalam bas berbanding penduduk tempatan dan situasi ini adalah satu kelaziman bagi penduduk Penang.

Memandaangkan hotel yang bakal kami duduki adalah sangat hampir dengan terminal utama Rapid Penang di Weld Quay, maka kami tidak terkejar-kejar memandangkan daftar masuk ke hotel masih lama. Nostalgia menaiki semula Rapid Penang mengimbau semula zaman belajar yang sering menggunakan prasarana ini untuk ke hospital ( tempat latihan amali ).

p/s : Anda perlu menaiki bas Rapid Penang bernombor 401E sekiranya destinasi anda bermula dari lapangan terbang ke Terminal Bas Rapid Penang Pengkalan Weld

Setelah hampir 1 jam perjalanan, akhirnya, kami tiba di Terminal Bas Rapid Penang Pengkalan Weld. Tidak susah jika mahu mengenali terminal ini kerana ianya bersifat terbuka kepada awam dan betul-betul bersebelahan jeti feri.

Jangan nanti cakap tak jumpa sudah.


Rapid Passport 

Perkara pertama yang dilakukan setibanya kami disana, bergegas ke kaunter pertanyaan dan membuat Rapid Passport.


Apa itu Rapid Passport?

Secara ringkas, ia adalah pas perjalanan seminggu TANPA HAD yang membolehkan pelancong ( Malaysia/ asing ) menggunakan kemudahan Rapid Penang termasuk di tanah besar,Seberang Perai! Ramai dalam kalangan pelancong Malaysia tidak menyedari kemudahan ini memandangkan mereka hanya beranggapan bahawa ia khas untuk pelancong asing. Tetapi, sekiranya kod IC anda selain daripada '07' maka, anda layak mendaftar. Yeah!

Lebih menarik, hanya RM 30 sahaja diperlukan!

p/s : Pastikan anda menyediakan wang dan IC anda untuk proses membuat pas ini.



Hotel


Hotel yang sama? Bilik yang sama? Tetapi dua harga yang berbeza? Kenapa bayar lebih? Trivago lah!

Hahahaha!!!

Itulah penangan Trivago dalam membantu kami mencari harga bilik paling kompetitif dengan nilai yang sangat ekslusif!

Jujur saya katakan, Trivago sangat membantu kami memudahkan proses mencari hotel memandnagkan harga pormosi bagi setiap laman penyedia hotel adalah berbeza. Apa yang menarik tentang Trivago, ia menunjukkan harga bersih setelah mengambil kira semua caj dan kos termasuk caj-caj tersembunyi, harga tempahan bilik di hujung minggu dan dipuratakan mengikut jumlah bilangan hari bermalam. Apa yang lebih menarik, memandangkan laman web ini memaparkan hampir kebanyakan laman pencarian hotel, maka komen pengguna juga diambil kira dan ia menjadikan laman web ini bersikap saksama dalam memaparkan keseluruhan komen pengguna. 

Setelah melihat tawaran harga bilik beserta lokasi sesuai, kami memilih Georgetown Times Inn Hotel yang terletak di Lebuh Victoria.

Pada asalnya, kami berhasrat mahu menyimpan sementara luggage kami di receptionist counter memandangkan masih berbaki 35minit sebelum check in. Tetapi, setelah tiba di hotel, front desk personel di situ mebenarkan kami check in awal.

Orang mengantuk disorongkan bantal, Yahoo!

Saat kami membuka pintu bilik, alangkah terkejutnya kami melihat kualiti dan standard  bilik yang ditawarkan! Sangat bersih, selesa dan terutama fasiliti bilik air sempurna dan bersih! 



Muka seronok!

Setelah berehat untuk seketika, saya dan rakan saya memulakan jelajah pertama iaitu melawat kakak-kakak manis di klinik kesihatan semasa musim praktikal lepas. Syukur, mereka masih mengingati saya walapun selepas 2 tahun berlalu

Setelah itu, sekitar jam 5.30pm, kami memulakan jelajah sebenar kami ke dengan menuju ke destinasi kedua iaitu Tanah Perkuburan Yahudi!



Jews Cemetery/ Tanah Perkuburan Yahudi

Ngeri mendengar nama Yahudi disebut-sebut. Siapa sangka, dalam negara kita sebenarnya terdapat tanah perkuburan Yahudi. Ini adalah kisah benar! Tanah perkburan ini merupakan SATU-SATUNYA di Malaysia dan ia terletak di Jalan Zainal Abidin. 

Saya tidak begitu arif berkenaan sejarah tempat ini tetapi difahamkan nama asal jalan ini adalah Jalan Yahudi. Bagi menjaga sensitiviti kebanyakan pihak ia ditukar nama kepada Jalan Zainal Adibin.

Pada asalnya, kami hampir tersesat mencari tempat ini kerana ia agak tersorok dari jalan utama. Namun, kebijaksanaan teman saya menggunakan aplikasi Google Map memudahkan kami mencarinya. 


Soalan : Bagaimana saya tahu tentang kewujudan tempat ini sedangkan ada rakyat Penang sendiri tidak tahu tentang kewujudannya?

Jawapan : Ketika membelek-belek Google Map, tiba-tiba ternampak lokasi ini. Satu kebetulan tetapi amat unik kerana siapa sangka, wujudnya sebuah kawasan perkuburan seperti ini di Malaysia. tanpa membuang masa, saya memasukkannya ke dalam itinerary kami. 



Bagaimana Mahu Ke Sana?

Anda boleh menaiki Rapid Bus bernombor 101, 102, 103, 104 dan 304. Jalan ini merupakan sebatang jalan  kecil yang bersambung dengan Jalan Macalister. Nama asal Jalan Zainal Abidin adalah Jalan Yahudi, namun diubah untuk membendung isu-isu sensitif muncul. 



Sebenarnya mahu masuk ke dalam, tetapi ada penunggu setia di situ.
Maka, hajat hati terpaksa dibatalkan. 


Walaupun terpaksa melupakan hasrat memasuki dalam, namun kami tetap berpuas hati apabila dapat melawati tempat ini memandangkan ia menyimpa sejarah yang cukup perit dan benar-benar mengejutkan.

Sebenarnya, terdapat bayak kawasan perkuburan sejarah bangsa asing di Penang dan Perkuburan Yahudi merupakan salah satu daripadanya. Selain itu, terdapat sebuah lagi kawasan perkuburan bangsa asing yang popular iaitu Perkuburan Lama Protestant @ Old Protestant Cemetery di Jalan Northam ( Jalan Sultan Ahmad Shah ). Perkuburan ini dipercayai sebagai antara kawasan perkuburan Kristian Protestant tertua di dunia dan tertua di Asia Tenggara. Kami tidak berkesempatan ke sana memadangkan hari sudah senja. 

Setelah puas mengambil gambar, kami meneruskan jelajah kami ke destinasi seterusnya, Padang Kota Lama/ Esplanade



Padang Kota Lama/ Esplanade

Sebut sahaja Padang Kota Lama, hampir satu Malaya kenal. Tidak dinafikan, dataran seakan padang bola ini dikenali bukan kerana terletaknya Fort Cornwallis, tetapi hampir kebanyakan acara peringkat negara mahupun antarabangsa bertempat di sini. 

Apa yang menarik tentang tempat ini, ia bukan sekadar menjadi tempat melepak, namun sebagai lokasi riadah keluarga di hujung minggu. Lokasinya yang menghadap laut menjadikan ianya sebuah lokasi yang sangat strategik untuk dikunjungi.

Oleh itu, ketika kami ke sana, kebetulan terdapat acara United Buddy Bears, menghimpunkan replika statu beruang yang mewakili negara-negara di dunia dan sebagai simbol persahabatan. 




Nak visit Statue of Liberty tak mampu,
maka, beruang pun jadilah




Gaya mutu kehandalan





Ramai foreign tourists singgah sama



Ini merupakan bangunan ikonik berhadapan Padang Kota Lama,
Bangunan Perbandaran Georgetown



Gani Famous Pasembur, Padang Kota Lama

Pasembur.... kelazatan dalam setiap suapan!

Itulah destinasi keempat kami pada hari ini. Setelah hampir seharian memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur, maka, tenaga telah berkurangan. So, untuk to up balik bekalan tenaga, kita makan!

Sememangnya, antara matlamat utama saya ke Penang ialah mahu menikmati pasembur. Sememangnya pasembur merupakan signature dish di pulau ini. Rambang mata melihat banyak pilihan sampingan pasembur seperti udang, kerang, sotong, frozen foods dan banyak lagi. Kena pandai pilih ye, silap pilih, mencanak harga!



Disebabkan sedap, kami order sehingga dua pinggan!


Maaf sekiranya terdapat satu gambar sahaja kerana ketika ini, kami benar-benar kepenatan. Tidak mampu dah nak snap gambar gerai pasembut tersebut beserta makanannya. Tetapi Insyaallah, sekiranya ada masa berkunjung ke sana kelak, saya akan mengambil lebih banyak gambar


Lokasi?

Terletak di Padang Kota Lama Food Court dan ia hanya berjarak kurang 50 meter dari Padang Kota Lama. Di sini, banyak pilihan makanan. Confirm rambang mata!

Berakhir sudah perjalanan hari pertama kami. Memang rasa sekejap sangat jelajah satu hari ini. Tapi bagus juga masa cepat berlalu, kalau tak, lebih laju duit dilaburkan kepada macam-macam benda hahaha

Oleh itu, ini adalah bajet pada hari ini :

Tiket AirAsia = RM 58.75/pax
Hotel = RM 225/pax
Rapid Penang Pass = RM 30/pax
Pasembur = RM 20++/pax

Total = RM 333.75++


Jelajah Penang : Mutiara di Utara Tanah Air Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Agak lama saya tidak update entri terkini di blog ini. Almaklumlah, apabila malas menyelubungi diri, maka semua pekerjaan dan aktivit akan tergendala. Baiklah, to make it short, kita teruskan kepada cerita sensasi kita. Ia berkisarkan pengalaman lepas saya menjelajah Pulau Pinang tahun lepas  ( 2016 ) bersama rakan saya.

Sebenarnya, azam hati mahu update sejurus selepas kembali dari trip, tapi apakan daya, azam malas itu lebih menebal dalam kalbu. Maka, berantakan semua rancangan untuk menyingahi blog ini. 

Hahahaha...

Rakan-rakan, berbalik kepada cerita kedai kopi kita. Sebenarnya, saya dan rakan saya telah lama merancang mahu bercuti di Penang. Ini didorong dengan pengalaman lepas kami yang menjadikan pulau ini sebagai pusat latihan amali/ praktikal kami selama hampir setahun. Terlalu banyak tempat-tempat menarik di Penang dan apa yang membezakan jelajah kami dengan anda diluar sana, saya dan rakan saya menjejaki ke tempat-tempat yang RAREJARANG didengar malah lansung TIDAK pernah didengari oleh anda atau oleh penduduk Penang sendiri!

p/s : Maaf orang Penang, saya tidak bermaksud memperkecilkan keupayaan anda di negeri sendiri. Hehehehe


Sebut sahaja Penang, perkara pertama yang terlintas di fikiran :

1) Jambatan Pulau Pinang

2) Pasembor dan syurga makanan ( street food )

3) Padang Kota Lama

4) Bukit Bendera

5) Jeruk Madu Pak Ali

6) Gurney Drive


Tetapi, tahukah anda sebenarnya, Penang lebih daripada sekadar daripada itu?

Mengapa?


Memandangkan saya sukakan kelainan dalam setiap perjalanan dan jelajah saya, maka, saya mengunjungi kebanyakan tempat yang sangat JARANG, RARE malah tidak diketahui oleh kebanyakan orang. 


Untuk mengetahuinya, marilah anda semua bersengkang mata menghadap entri terpanjang saya ini. Disebabkan Penang memiliki banyak tempat dan destinasi menarik sehingga ada daripadanya digelar hidden gems of state, maka, saya dan rakan membantai SATU MINGGU untuk menjelajah tempat-tempat tersebut dan hasilnya, saya akan terbitkan dalam tujuh entri berbeza mengikut hari termasuk enteri bajet keseluruhan. Ini penting. kerana pepatah En. Gerabak Kecil menyebut :

"No money, no budget, no budget, no plan"

Oleh itu, diharap entri saya ini dapat membantu membuka mata anda agar lebih terbeliak untuk mengunjungi destinasi kunjungan kami. Mahu tahu, mungkin anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman yang telah kami tempuhi ini?