Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Agak lama saya tidak update entri terkini di blog ini. Almaklumlah, apabila malas menyelubungi diri, maka semua pekerjaan dan aktivit akan tergendala. Baiklah, to make it short, kita teruskan kepada cerita sensasi kita. Ia berkisarkan pengalaman lepas saya menjelajah Pulau Pinang tahun lepas ( 2016 ) bersama rakan saya.
Sebenarnya, azam hati mahu update sejurus selepas kembali dari trip, tapi apakan daya, azam malas itu lebih menebal dalam kalbu. Maka, berantakan semua rancangan untuk menyingahi blog ini.
Hahahaha...
Rakan-rakan, berbalik kepada cerita kedai kopi kita. Sebenarnya, saya dan rakan saya telah lama merancang mahu bercuti di Penang. Ini didorong dengan pengalaman lepas kami yang menjadikan pulau ini sebagai pusat latihan amali/ praktikal kami selama hampir setahun. Terlalu banyak tempat-tempat menarik di Penang dan apa yang membezakan jelajah kami dengan anda diluar sana, saya dan rakan saya menjejaki ke tempat-tempat yang RARE, JARANG didengar malah lansung TIDAK pernah didengari oleh anda atau oleh penduduk Penang sendiri!
p/s : Maaf orang Penang, saya tidak bermaksud memperkecilkan keupayaan anda di negeri sendiri. Hehehehe
Sebut sahaja Penang, perkara pertama yang terlintas di fikiran :
1) Jambatan Pulau Pinang
2) Pasembor dan syurga makanan ( street food )
3) Padang Kota Lama
4) Bukit Bendera
5) Jeruk Madu Pak Ali
6) Gurney Drive
Tetapi, tahukah anda sebenarnya, Penang lebih daripada sekadar daripada itu?
Mengapa?
Memandangkan saya sukakan kelainan dalam setiap perjalanan dan jelajah saya, maka, saya mengunjungi kebanyakan tempat yang sangat JARANG, RARE malah tidak diketahui oleh kebanyakan orang.
Untuk mengetahuinya, marilah anda semua bersengkang mata menghadap entri terpanjang saya ini. Disebabkan Penang memiliki banyak tempat dan destinasi menarik sehingga ada daripadanya digelar hidden gems of state, maka, saya dan rakan membantai SATU MINGGU untuk menjelajah tempat-tempat tersebut dan hasilnya, saya akan terbitkan dalam tujuh entri berbeza mengikut hari termasuk enteri bajet keseluruhan. Ini penting. kerana pepatah En. Gerabak Kecil menyebut :
"No money, no budget, no budget, no plan"
Oleh itu, diharap entri saya ini dapat membantu membuka mata anda agar lebih terbeliak untuk mengunjungi destinasi kunjungan kami. Mahu tahu, mungkin anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman yang telah kami tempuhi ini?
No comments:
Post a Comment