Sudah lama
sebenarnya saya mahu mengenang zaman dahulu kala yang difikirkan sangat klasik
pada pandangan kebanyakkan orang. Ini termasuk tempat-tempat bersejarah yang
kita sering lupakan. Jika ditanya muda mudi masa kini, adakah mereka mengenal
kewujudan sesebuah tempat tersebut? Pasti mereka mengelengkan kepala erti tidak
tahu. Bermain di fikiran mereka adalah tempat-tempat moden serba moden yang
menjanjikan kepuasan dalam mendapatkan ketenangan jiwa. Namun bagi mereka yang
mengetahuinya, tidak pula mengambil kesempatan untuk menghargai mahupun
menjadikan tempat tersebut sebagai sebuah destinasi bersejarah yang boleh
menggamit kenangan silam.
Kembara En. Gerabak Kecil kali ini adalah dua buah lokasi dimana lokasi pertama ialah sebuah lokasi
terbiar yang dipandang sepi namun menyimpan lebih 10 000 kenangan silam sejak
lebih 100 tahun lampau dan lokasi kedua ialah menjejak titik pertembungan
paling hujung tiga buah negeri di selatan negara. Lokasi pertama yang maksudkan
adalah sebuah stesen lama kereta api yang terletak di penghujung negeri Melaka.
Ia adalah Stesen Lama Keretapi Batang Melaka. Sekiranya anda bertanya warga
emas di sekitar Selandar, Batang Melaka, Tebong, Air Kuning mahupun Gemas,
mereka sudah pasti mengecam akan kewujudan stesen lama ini. Tapi sayang 10 000
sayang, arus kemodenan yang pesat kehadapan, ia diabaikan dan menjadi sebuah
stesen terbiar yang hanya menunggu masa untuk dihuni kala dan haiwan berbisa
takala semak samun menjadi sahabat setia di setiap ceruk stesen ini. Ikuti
perjalanan saya menongkah kembali zaman lampau yang berusia 109 tahun ini agar
ini kekal dalam lipatan hidup kita.
Seawal jam
2.30PM saya bergerak menuju ke destinasi percutian. Perjalanan ini merupakan
perjalanan yang jauh kerana saya perlu mengunjungi dua destinasi. Maka,
persiapan rapi dibuat sehari sebelum. Power bank, iPad Air 2 dan Samsung GlaxyMini 2 yang bakal dilupuskan berjasa adalah peneman setia saya bagi
merakam detik manis ini.
Memandangkan saya
menggunakan Pekan Bemban sebagai laluan utama ke sana, maka saya singgah
sebentar di Stesen Petronas Bemban, membeli sedikit keperluan ( air mineral
wajib ! ) dan sudah pasti Mister Potato takala kebuluran melanda.
Setelah hampir
1 jam perjalanan, saya kini tiba di Pekan Selandar. Untuk pengetahuan, Pekan
Selandar merupakan antara pusat ekonomi yang lengkap selepas Bandar Jasin. Ini
kerana, kebanyakkan pekan lain tidak memiliki prasarana yang mencukupi terutama
stesen minyak yang SANGAT penting untuk pengembara jauh seperti saya!
p/s : Ada kisah
menarik disebalik stesen minyak, saya akan ceritakan kemudian di bahagian kedua
entri saya.
Setibanya di
Pekan Selandar, terdapat roundabout simpang tiga yang mana, setiap satunya
menuju ke destinasi berbeza, Batang Melaka, Durian Tunggal dan Nyalas-Asahan.
Misi kali ini, menuju ke Batang Melaka!
Sejarah
Bagi yang tidak
tahu, Batang Melaka merupakan sebuah pekan yang didiami kurang daripada 5000
penduduk. Ia adalah sebuah pekan yang menjadi antara penghujung paling selatan
di negeri Melaka. Pekan ini juga unik kerana ia bersempadan dengan Negeri
Sembilan TANPA kewujudan sempadan semula
jadi. Pasti ramai tidak sedar bahawa mereka telah memasuki Negeri Sembilan
semasa melalui kawasan rumah kedai di pekan ini. Ini kerana, hanya papan tanda sempadan
negeri yang wujud bagi memisahkan kedua-dua negeri ini.
Batang Melaka
telah mula dihuni lebih dari 100 tahun yang lepas. Pekan lama ini masih
menyimpan pelbagai khazanah sejarah yang ramai memandang sepi terutama Stesen Lama
Keretapi Batang Melaka. Semenjak dibuka lebih dari 100 tahun yang lepas, stesen
ini merupakan SATU-SATUNYA penghubung penduduk kampung dengan bandar besar
seperti Banda Hilir dan Kuala Lumpur. Ini kerana, stesen lama ini dapat
memendekkan perjalanan penduduk setempat untuk ke sana dan kesempitan hidup
ketika itu hanya memungkinkan penduduk memilih kereta api sebagai pengangkutan
utama mereka.
Selepas projek
landasan bekembar yang diumumkan kerajaan beberapa tahun lalu, stesen ini
ditutup dan dipindahkan kira-kira 500 meter ke lokasi baru yang lebih besar dan
moden. Kini, stesen using ini terbiar dan keadaan ini amat menyedihkan kerana
usia 100 tahun stesen ini dipandang sepi.
Lokasi
Sebelum tiba di
Pekan Batang Melaka, kita akan melalui Empangan Jus. Ia adalah menjanjikan
suasana yang amat damai dan cantik. Untuk pengetahuan, Empangan Jus merupakan
empangan terbesar di Melaka dari segi keluasan kolam takungan. Setelah di sana,
saya agak kelam-kabut mencari stesen lama ini kerana ia seolah-olah tersorok
dari pandangan umum. Namun, saya pernah terbaca sebuah blog yang mana
penulisnya berkata, stesen ini terletak di sebuah kawasan bukit. Puas saya
mencari dan rupa-rupanya, ia terletak betul-betul berhadapan deretan rumah
kedai lama.Dari pandangan bawah lereng bukit, kita dapat melihat paan tanda
stesen lama ini yang semakin lusuh warnya dimamah usia.
Untuk naik ke
sana, saya perlu menaiki anak tangga
yang terdapat di kawasan lereng bukit
tersebut.
Perihal &
Kesedihan
Buat pertama
kali dalam 109 tahun, saya berjaya menyaksikkan stesen lama yang masih teguh
berdiri ini walaupun kita tidak dapat meramal sejauh mana hayatnya mampu
bertahan. Ketika ini, terdetik dalam hati saya betapa pentingnya stesen ini
kepada penduduk setempat. Saya dapat membayangkan kesibukan stesen yang mungkin
ketika ini ada penjual roti mahupun jajan yang melayan kerenah pelanggan,
kesibukan penjual tiket takala penumpang berebut membeli tiket pulang ke kota,
platform yang sentiasa ceria menunggu kehadiran penumpang atau juga kesesakkan
pondok menunggu yang penuh dengan kehadiran ahli keluarga yang setia menunggu
kepulangan insan tersayang.
Bagi
mengabadikan saat ini, saya mengambil kesempatan bergambar untuk kenangan di
setiap penjuru stesen ini.
Platform yang
dahulunya sesak kini sepi
Terbayang
gelagat penjual tiket yang melayan kerenah penumpang.
Lebih bermakna sekiranya
dapat berjumpa tuan empunya badan
yang pernah berkhidmat di sini satu masa
dahulu.
Platform yang kini sepi.
Sudah pasti ia sesak dengan kehadiran
penumpang 100 tahun lalu
Ini adalah papan tanda keramat yang sentiasa menjadi bualan
penumpang
dan penduduk setempat yang pernah singgah di sini suata masa dahulu.
Kesedihan saya terpancar ketika melangkah turun anak tangga.
Terlalu banyak yang bermain di fikiran saya. Mengapa tempat sebegini diabaikan
begitu sahaja? Ia sepatutnya diawet menjadi sebuah kawasan bersejarah kerana
tempoh matang 100 tahun adalah sangat lama. Ia menyimpan pelbagai kenangan yang
tidak dapat dibayangkan. Saya sedih melihat lalang dan semak samun menjadi
pendamping baharu stesen ini. Saya tidak mampu kembali 100 tahun yang lepas
namun generasi muda seperti saya sememangnya dahagakan sesuatu yang unik dan
hanya kenangan indah yang mampu digapai secara bayang-bayang takala ia telah
mamah dimakan usia.
Stesen Baharu Kereta Api Batang Melaka
Kira-kira 500
meter dari stesen lama, lokasi stesen baharu yang dibina jauh lebih gah
daripada stesen lama. Dilengkapi dengan dua platform dan landasan bekembar,
stesen ini merupakan stesen yang sangat maju dari segi prasarana yang
disediakan. Saya sempat menceroboh memasuki platform utama untuk
bergambar.
Papan tanda yang kelihatan dari flyover mengarah masuk ke sempadan Melaka
Perkarangan utama stesen baru
Ruang menunggu aras dua
Terdapat empat platform ( dua arah )
Jejantas utama lintasan antara platform
dan ruang menunggu aras dua
Pemandangan atas yang sempat saya rakamkan
Salah satu tangga yang terdapat di paltform 3 & 4
Platform ini sangat panjang dan jauh lebih moden
Menunggu keretapi yang tidak kesampaian
Ini pula diambil dari arah Pulau Sebang - Gemas
Masih menunggu
Sepatutnya tidak dibenarkan mengambil di kawasan ini.
Tapi prinsip saya, terjah jer!
Diambil dari paltform 3 & 4
Celah papan tanda pun mahu bergambar. Nasib baik sado kurus!
Setelah hampir
30 minit berada di sana, saya bergerak meninggalkan Batang Melaka dengan 1001
kenangan suka duka yang mungkin tidak dapat dirasai oleh saya kelak. Sepanjang
perjalanan, saya masih tergiang-giang akan panggilan stesen lama yang menggamit
nostalgia. Terlalu banyak kenangan yang mungkin tidak dihayati dengan sekadar
penceritaan. Saya bergerak menuju ke destinasi terakhir saya pada tanggal 17
Novermber 2015 iaitu sebuah lagi kawasan terpencil/ remote yang mungkin ramai
tidak sedari. Saksikan dalam bahagian kedua perjalanan saya.
2 comments:
Assalamualaikum encik, saya sangat berminat utk mengetahui lebih dalam berkenaan KTM lama btg melaka ni, jika encik tahu lebih banyak sejarah berkenaan KTM lama ini. saya merupakan pelajar tahun akhir sarjana muda yang akan mengkaji kawasan batang melaka terutama KTM lama. ini sangat membantu tugasan akhir saya jika encik respond pada comment saya. Terima Kasih
Jika berminat hubungi Makcik 016 2227174 insyallah blh makcik kongsikan pengalaman pernah tinggal di Quarters Station Master pd thn 60an dulu. Insyallah...
Post a Comment