Tuesday 24 November 2015

Stesen Keretapi Batang Melaka : Nostalgia Yang Menggamit Jiwa

Sudah lama sebenarnya saya mahu mengenang zaman dahulu kala yang difikirkan sangat klasik pada pandangan kebanyakkan orang. Ini termasuk tempat-tempat bersejarah yang kita sering lupakan. Jika ditanya muda mudi masa kini, adakah mereka mengenal kewujudan sesebuah tempat tersebut? Pasti mereka mengelengkan kepala erti tidak tahu. Bermain di fikiran mereka adalah tempat-tempat moden serba moden yang menjanjikan kepuasan dalam mendapatkan ketenangan jiwa. Namun bagi mereka yang mengetahuinya, tidak pula mengambil kesempatan untuk menghargai mahupun menjadikan tempat tersebut sebagai sebuah destinasi bersejarah yang boleh menggamit kenangan silam.

Kembara En. Gerabak Kecil kali ini adalah dua buah lokasi dimana lokasi pertama ialah sebuah lokasi terbiar yang dipandang sepi namun menyimpan lebih 10 000 kenangan silam sejak lebih 100 tahun lampau dan lokasi kedua ialah menjejak titik pertembungan paling hujung tiga buah negeri di selatan negara. Lokasi pertama yang maksudkan adalah sebuah stesen lama kereta api yang terletak di penghujung negeri Melaka. Ia adalah Stesen Lama Keretapi Batang Melaka. Sekiranya anda bertanya warga emas di sekitar Selandar, Batang Melaka, Tebong, Air Kuning mahupun Gemas, mereka sudah pasti mengecam akan kewujudan stesen lama ini. Tapi sayang 10 000 sayang, arus kemodenan yang pesat kehadapan, ia diabaikan dan menjadi sebuah stesen terbiar yang hanya menunggu masa untuk dihuni kala dan haiwan berbisa takala semak samun menjadi sahabat setia di setiap ceruk stesen ini. Ikuti perjalanan saya menongkah kembali zaman lampau yang berusia 109 tahun ini agar ini kekal dalam lipatan hidup kita.

Seawal jam 2.30PM saya bergerak menuju ke destinasi percutian. Perjalanan ini merupakan perjalanan yang jauh kerana saya perlu mengunjungi dua destinasi. Maka, persiapan rapi dibuat sehari sebelum. Power bank, iPad Air 2 dan Samsung GlaxyMini 2 yang bakal dilupuskan berjasa adalah peneman setia saya bagi merakam detik manis ini.

Memandangkan saya menggunakan Pekan Bemban sebagai laluan utama ke sana, maka saya singgah sebentar di Stesen Petronas Bemban, membeli sedikit keperluan ( air mineral wajib ! ) dan sudah pasti Mister Potato takala kebuluran melanda.

Setelah hampir 1 jam perjalanan, saya kini tiba di Pekan Selandar. Untuk pengetahuan, Pekan Selandar merupakan antara pusat ekonomi yang lengkap selepas Bandar Jasin. Ini kerana, kebanyakkan pekan lain tidak memiliki prasarana yang mencukupi terutama stesen minyak yang SANGAT penting untuk pengembara jauh seperti saya!

p/s : Ada kisah menarik disebalik stesen minyak, saya akan ceritakan kemudian di bahagian kedua entri saya.

Setibanya di Pekan Selandar, terdapat roundabout simpang tiga yang mana, setiap satunya menuju ke destinasi berbeza, Batang Melaka, Durian Tunggal dan Nyalas-Asahan. Misi kali ini, menuju ke Batang Melaka!

Sejarah

Bagi yang tidak tahu, Batang Melaka merupakan sebuah pekan yang didiami kurang daripada 5000 penduduk. Ia adalah sebuah pekan yang menjadi antara penghujung paling selatan di negeri Melaka. Pekan ini juga unik kerana ia bersempadan dengan Negeri Sembilan TANPA kewujudan sempadan  semula jadi. Pasti ramai tidak sedar bahawa mereka telah memasuki Negeri Sembilan semasa melalui kawasan rumah kedai di pekan ini. Ini kerana, hanya papan tanda sempadan negeri yang wujud bagi memisahkan kedua-dua negeri ini.

Batang Melaka telah mula dihuni lebih dari 100 tahun yang lepas. Pekan lama ini masih menyimpan pelbagai khazanah sejarah yang ramai memandang sepi terutama Stesen Lama Keretapi Batang Melaka. Semenjak dibuka lebih dari 100 tahun yang lepas, stesen ini merupakan SATU-SATUNYA penghubung penduduk kampung dengan bandar besar seperti Banda Hilir dan Kuala Lumpur. Ini kerana, stesen lama ini dapat memendekkan perjalanan penduduk setempat untuk ke sana dan kesempitan hidup ketika itu hanya memungkinkan penduduk memilih kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.

Selepas projek landasan bekembar yang diumumkan kerajaan beberapa tahun lalu, stesen ini ditutup dan dipindahkan kira-kira 500 meter ke lokasi baru yang lebih besar dan moden. Kini, stesen using ini terbiar dan keadaan ini amat menyedihkan kerana usia 100 tahun stesen ini dipandang sepi.

Lokasi

Sebelum tiba di Pekan Batang Melaka, kita akan melalui Empangan Jus. Ia adalah menjanjikan suasana yang amat damai dan cantik. Untuk pengetahuan, Empangan Jus merupakan empangan terbesar di Melaka dari segi keluasan kolam takungan. Setelah di sana, saya agak kelam-kabut mencari stesen lama ini kerana ia seolah-olah tersorok dari pandangan umum. Namun, saya pernah terbaca sebuah blog yang mana penulisnya berkata, stesen ini terletak di sebuah kawasan bukit. Puas saya mencari dan rupa-rupanya, ia terletak betul-betul berhadapan deretan rumah kedai lama.Dari pandangan bawah lereng bukit, kita dapat melihat paan tanda stesen lama ini yang semakin lusuh warnya dimamah usia.




   Untuk naik ke sana, saya perlu menaiki anak tangga 
yang terdapat di kawasan lereng bukit tersebut.


Perihal & Kesedihan

Buat pertama kali dalam 109 tahun, saya berjaya menyaksikkan stesen lama yang masih teguh berdiri ini walaupun kita tidak dapat meramal sejauh mana hayatnya mampu bertahan. Ketika ini, terdetik dalam hati saya betapa pentingnya stesen ini kepada penduduk setempat. Saya dapat membayangkan kesibukan stesen yang mungkin ketika ini ada penjual roti mahupun jajan yang melayan kerenah pelanggan, kesibukan penjual tiket takala penumpang berebut membeli tiket pulang ke kota, platform yang sentiasa ceria menunggu kehadiran penumpang atau juga kesesakkan pondok menunggu yang penuh dengan kehadiran ahli keluarga yang setia menunggu kepulangan insan tersayang.   
Bagi mengabadikan saat ini, saya mengambil kesempatan bergambar untuk kenangan di setiap penjuru stesen ini.




 Platform yang dahulunya sesak kini sepi





Terbayang gelagat penjual tiket yang melayan kerenah penumpang. 
Lebih bermakna sekiranya dapat berjumpa tuan empunya badan 
yang pernah berkhidmat di sini satu masa dahulu.





Platform yang kini sepi. 
Sudah pasti ia sesak dengan kehadiran penumpang 100 tahun lalu





Ini adalah papan tanda keramat yang sentiasa menjadi bualan penumpang 
dan penduduk setempat yang pernah singgah di sini suata masa dahulu.


Kesedihan saya terpancar ketika melangkah turun anak tangga. Terlalu banyak yang bermain di fikiran saya. Mengapa tempat sebegini diabaikan begitu sahaja? Ia sepatutnya diawet menjadi sebuah kawasan bersejarah kerana tempoh matang 100 tahun adalah sangat lama. Ia menyimpan pelbagai kenangan yang tidak dapat dibayangkan. Saya sedih melihat lalang dan semak samun menjadi pendamping baharu stesen ini. Saya tidak mampu kembali 100 tahun yang lepas namun generasi muda seperti saya sememangnya dahagakan sesuatu yang unik dan hanya kenangan indah yang mampu digapai secara bayang-bayang takala ia telah mamah dimakan usia.


Stesen Baharu Kereta Api Batang Melaka


Kira-kira 500 meter dari stesen lama, lokasi stesen baharu yang dibina jauh lebih gah daripada stesen lama. Dilengkapi dengan dua platform dan landasan bekembar, stesen ini merupakan stesen yang sangat maju dari segi prasarana yang disediakan. Saya sempat menceroboh memasuki platform utama untuk bergambar.



Papan tanda yang kelihatan dari  flyover mengarah masuk ke sempadan Melaka



Perkarangan utama stesen baru 




Ruang menunggu aras dua 




Terdapat empat platform ( dua arah )




Jejantas utama lintasan antara platform 
dan ruang menunggu aras dua



Pemandangan atas yang sempat saya rakamkan




Salah satu tangga yang terdapat di paltform 3 & 4




Platform ini sangat panjang dan jauh lebih moden



Menunggu keretapi yang tidak kesampaian




Ini pula diambil dari arah Pulau Sebang - Gemas 




Masih menunggu





Sepatutnya tidak dibenarkan mengambil di kawasan ini. 
Tapi prinsip saya, terjah jer! 





Diambil dari paltform 3 & 4




Celah papan tanda pun mahu bergambar. Nasib baik sado kurus!


Setelah hampir 30 minit berada di sana, saya bergerak meninggalkan Batang Melaka dengan 1001 kenangan suka duka yang mungkin tidak dapat dirasai oleh saya kelak. Sepanjang perjalanan, saya masih tergiang-giang akan panggilan stesen lama yang menggamit nostalgia. Terlalu banyak kenangan yang mungkin tidak dihayati dengan sekadar penceritaan. Saya bergerak menuju ke destinasi terakhir saya pada tanggal 17 Novermber 2015 iaitu sebuah lagi kawasan terpencil/ remote yang mungkin ramai tidak sedari. Saksikan dalam bahagian kedua perjalanan saya.


2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum encik, saya sangat berminat utk mengetahui lebih dalam berkenaan KTM lama btg melaka ni, jika encik tahu lebih banyak sejarah berkenaan KTM lama ini. saya merupakan pelajar tahun akhir sarjana muda yang akan mengkaji kawasan batang melaka terutama KTM lama. ini sangat membantu tugasan akhir saya jika encik respond pada comment saya. Terima Kasih

InsaHrasa.jmalim said...

Jika berminat hubungi Makcik 016 2227174 insyallah blh makcik kongsikan pengalaman pernah tinggal di Quarters Station Master pd thn 60an dulu. Insyallah...