Assalamuailakum semua dan salam sejahtera. Saya harap anda semua bergembira di hujung minggu ini. Kembara Nara kali ini ingin membawa anda ke sebuah destinasi kampung ( kampung lagi ) yang mendamaikan. Tidak begitu jauh dari rumah saya, Kembara Nara meneruskan agenda 'cuci mata' ke Kampung Tedong. Apa yang menarik perhatian Kembara Nara di sini ialah,, kawasan perkampungan ini dihiasi dengan sawah padi yang cukup memukau. Pasti menggamit mata memandang takala padi mula menghijau. Kawasan ini juga sering menjadi tempat persinggahan saya dan adik saya untuk berhujung minggu dengan menikmati cipataan Ilahi. Tanpa membuang masa lagi, teruskan membaca untuk perjalanan Kembara Nara yang tidak seberapa ini.
Happy weekend to my followers. We're here to meet again by having a new and great journey. Today, I would like to invite all of you to dazzle another wonders of kampong ( AGAIN! ). Our new coordinate was not too far from my home. It was a great and peaceful village because, here you might enchanted with paddy field! This spot often visited by me and my brother to spend our weekend and appreciate a natures wonders. Without any complaining, let's have some view!
Lokasi ini sering menjadi pilihan ramai pasangan raja sehari mengabadikan memori terindah mereka takala padi menghijau. Tidak perlu ke New Zealand kerana anda pasti kagum dengan keindahan padi yang menghijau seluas mata memandang.
This location often chose as one of the best memorable destination by new bridal to portrait their wedding life. None need to have some step in New Zealand because you will enchanted by this mother nature's!
Disebabkan padi yang ditanam di Malaysia hanya dua kali setahun, maka Kembara Nara perlu peka tempoh penanaman serta saat padi mula menghijau. Di sekitar kampung ini, padi mula ditanam pada awal Mac-April dan September-Novermber. Pasti anda berasa bosan kerana pemandangan padi adalah seperti biasa namun bagi saya, selagi kita hidup, inilah saat untuk kita menikmati keindahan alam yang sangat menakjubkan walaupun ianya kelihatan lapuk di pandangan maka kita.
Because paddy/ rice plant only be planted twice a year in this country, thus I've to be more alert when the exact time they were start to plant and a moment when it's turn into green leafy. In this area, paddy was started to plant between March-April and September-November. You might be bored because this scenery often took place in many places in the world, but, to me it's different. As long as we live, this is the wonders that serve my natures although it just a lame view.
Koordinat :
1) Kereta
Terdapat beberapa jalan utama yang boleh dipilih oleh anda. Antaranya :
a) Sekiranya anda dari Muar, anda perlu melalui Jalan Melaka-Muar dan setelah melepasi Bandar Merlimau, anda akan bertemu sebuah simpang tiga dan belok ke kiri.. Landmark di kawasan ini ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Sempang. Apabila memasuki simpang tersebut, anda akan mula melihat sawah padi di sebelah kanan anda. Sawah ini terbentang luas sehingga ke Serkam Pantai. Untuk ke Kampung Tedong, anda harus meneruskan perjalanan sehingga bertemu sebuah selekoh di sebelah kanan. Landmark di sini adalah Jeti Nelayan Sempang dan anda perlu mengambil selekoh kanan tersebut sehingga melepasi Taman Panglima Pak di sebelah kanan, anda akan mula melihat sambungan sawah padi yang cukup memukau.
b) Sekiranya anda dari arah Bandar Melaka, anda perlu melepasi Medan Ikan Bakar Umbai. Dari sini, anda harus meneruskan perjalan ke Jeti Anjung Batu. Untuk ke Jeti Anjung Batu, anda akan melalui sebuah simpang tiga di sebelah kanan. Landmark di sini adalah Kioks Cendol Seri Serkam. Ambil simpang tersebut dan teruskan perjalanan menghala ke Kampung Seri Minyak. Perlu diingatkan, anda perlu melepasi susur masuk Jeti Anjung Batu dan BUKAN memasuki susur masuk tersebut. Perjalanan anda adalah melepasi Masjid Kampung Seri Minyak yang terletak di sebelah kiri jalan. Setelah melepasi masjid tersebut, jarak perjalanan anda dari sini ke Kampung Tedong adalah kira-kira 6KM. Anda harus melepasi beberapa kampung termasuk Kampung Pulai dan Kampung Serkam Pantai. Di Serkam Pantai, landmark di kawasan ini adalah Masjid Serkam Pantai yang terletak di sebelah kiri jalan dan terdapat sungai dan jambatan di sebelah bangunan masjid ini. Anda harus melepasi masjid tersebut dan dari sini, jarak perjalanan anda hanya kira-kira 500 meter sahaja.
2) Teksi
Sekiranya anda memilih untuk menaiki teksi, anda boleh bermula dari arah Muar atau Melaka. Lazimnya, sekiranya anda menaiki teksi dari Melaka Sentral, anda hanya perlu memaklumkan kepada pemandu teksi tentang destinasi anda ke Kampung Tedong dan mereka pasti arif akan tempat tersebut. Namun, seperti biasa, tambang teksi adalah MAHAL namun ia adalah pilihan yang bijak untuk bagi sesiapa yang benar-benar tidak tahu menahu akan lokasi tempat ini.
3) Bas*
Terdapat dua pilihan, samada bermula dari Muar atau Melaka.
a) Sekiranya anda dari Muar, Anda harus menaiki bas yang menghala ke Melaka Sentral. Anda boleh memaklumkan kepada pemandu bas bahawa anda mahu ke Kampung Tedong dan landmark di situ adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Sempang. Dari sana, anda perlu berjalan kaki dan setelah beberapa ketika, anda akan melihat sawah padi di sebelah kanan simpang tiga yang berhadapan dengan sekolah ini.
b) Sekiranya anda dari Muar, anda harus memilih bas yang menuju ke Muar. Maklumkan kepada pemandu bas bahawa anda mahu ke Kampung Tedong dan landmark perhentian anda adalah Sekolah Kebangsaan Tedong. Berhadapan di sekolah tersebut adalah sawah padi yang betul-betul berada di sebelah kanan jalan ATAU berhadapan di hadapan sekolah tersebut. Anda perlu menuruni kawasan bukit kerana sebahagian Jalan Melaka-Muar adalah melalui kawasan bukit kecil, termasuk sekolah ini yang terletak di atas kawasan tersebut.
Kebaikan : Murah dan jimat
Keburukan : Tempoh perjalanan yang lama, sekitar 1 jam dari Bandar Melaka serta jadual perjalanan bas yang kurang. Bas yang melalui Jalan Melaka-Muar adalah sekitar 30 minit - 1 jam sekali dan Jam 7PM adalah jadual perjalanan TERAKHIR bas menuju ke Bandar Melaka dan Jam 8PM adalah jadual perjalanan TERKAHIR bas menuju ke Bandar Muar. Oleh itu, anda sangat dinasihatkan untuk bergerak di awal pagi untuk mengelakkan tidak ketinggalan bas.
Coordinate :
There is two main roads can be chose which is :
a) If you're starting point is Muar, you have will pass through Melaka-Muar Road and after passing Merlimai City, you'll find out three junction and turn left. Sempang Primary School is landmark in this area. After passing the junction, you'll seeing a paddy field from right side. The field cover up almost the entire village as far as Serkam Pantai. To reach this place, you have to continue your journey until find out another junction. The landmark around this area is Sempang Jetty and Fishing Village but, you have to turn right and pass through Taman Panglima Pak. After that, the continues of paddy field will be seeing along the road.
b) If you start you journey from Melaka City, you need to passed through Medan Ikan Bakar Umbai. There, continue your journey to Anjung Batu Jetty. To getting there, you have to find a three junction and turn right. Cendol Seri Serkam is a landmark in this area. Turn right and you must passed through this junction, NOT take a step to this place. Continue your journey until passing Kampung Seri Minyak Mosque, it was located on the left. From here, your journey to Tedong Village was about 6KM. Along the journey, you'll passed through some villages like Pulai and Serkam Pantai. After reaching Serkam Pantai, your exact location to Tedong Village was not too far, less than 50 meters. A landmark at this village is Serkam Pantai Mosque. It was stated on the right side and small river with a bridge on the left side of the mosque.
2) Taxi/ cab
If you're choosing to take a taxi/ cab, you may start from Muar, either from Melaka. Normally, if you're take a taxi/ cab from Melaka Sentral, inform the taxi/ cab driver you exact destination, which is Tedong Village and they're familiar with this place. However, as usual, the fare is TOTALLY expensive but it's a smarter choice for those who are not familiar about this place.
3) Bus*
There is two options, start from Muar or Melaka
a) If you're from Muar, you have to take a bus that heading to Melaka Sentral. You may informed the driver that you want to heading to Tedong Village and landmark at your stop is Sempang Primary School. There, you've to walk about few meters and you may find out a paddy field from your right side, just opposite after passing the junction.
b) If you're from Melaka, you have to choose a route heading to Muar. Informed the driver early about your exact destination and the landmark area at the stop point is Tedong Primary School. Just opposite from the school, there is enchanted paddy fields . You have to climb down to reach this place as well as some part of Melaka-Muar Road will pass through a small hill including this school, which exactly located on top of the hill.
Advantage : Save money, cheap
Disadvantages : May take a very long journey, about 1 hour from Melaka City and lack of daily trip. The frequency of buses along Melaka-Muar Road is about 30 minutes - 1 hour and the last trip to getting Muar is around 8.00PM while the last trip to Melaka is around 7.00PM. Therefore, you' re STRONGLY advise to take start your journey in early morning.
No comments:
Post a Comment