Sudah lama saya
tidak update entri baharu semenjak saya memulakan kerjaya tetap saya. Namun,
saya akan mencuri lebih masa bagi menerbitkan lebih banyak entri baharu. Ini
kerana, terdapat banyak pengalaman yang ingin saya kongsikan dengan pembaca
diluar sana betapa uniknya tempat-tempat yang terdapat di negara kita.
Ramai dalam
kalangan kita lupa sebenarnya, negara kita memiliki pelbagai keunikkan yang
tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Misi saya cukup mudah, mengembara sebanyak yang mungkin sebelum
kahwin dengan mengunjungi sesebuah tempat yang tidak popular, unsung,
terpencil dan jarang kedengaran oleh kebanyakkan pelancong. Memandangkan, blog
ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, maka kebanyakkan entri saya mungkin
agak tunggang terbalik dari segi tarikh lawatan.
Maafkan den,
den tak berniat sedemikian.
Bagi
merancakkan lagi penceritaan saya, saya akan selitkan dengan beberapa gambar
yang dapat menaikkan nafsu semangat lawatan anda ke destinasi yang bakal
dikunjungi. Lebih gambar, sila kunjungi dan follow Instagram rasmi.
Please follow
even kita ni tak se hot Neolopak!
Mungkin ada diantara anda berfikir, mengapa
saya amat gila melakukan perjalanan yang menjangkau lebih 80KM sehala semata-mata
mahu mengunjungi tempat-tempat sebegini. Mungkin anda kurang fahami bahawa,
kita lazim mendengar kewujudan sesuatu tempat yang sering dipeloporkan. Tetapi,
ada sebenarnya tempat terpencil lain yang menjanjikan keseronokan sewaktu
pengembaraan dilakukan.
Falsafah
pengembaraan saya cukup mudah, nikmati keseronokan dan keunikan tempat tersebut
sebelum ia hilang buat selamanya. Di dalam entri-entri yang bakal diterbitkan,
saya akan mengembara sejauh yang mungkin untuk menjadi antara yang pertama ke
sana.
Di dalam
pengembaraan saya, saya sering memilih tempat-tempat yang sangat unsung dan
pelik kedengaran. Antara memori yang tidak dapat saya lupakan, memburu jejak
Sang Kelembai di Penang, Permata Penang yang menangis, sejarah dua imperalisme
yang dilupakan, juga kenangan 100 tahun yang tidak dapat dibeli. Ia adalah
antara segelintir kecil memori indah pengembaraan saya di Malaysia.
Saya berharap
anda membaca setiap entri terbitan di blog ini dengan hati yang terbuka. Jangan
lupa untuk komen juga ye. Akhir kata, pergilah mengembara dan jangan menjadi
seorang pelancong, jadilah pengembara kerana langit dan angkasa lepas adalah
berbeza walaupun ia adalah satu entity yang hampir sama.
No comments:
Post a Comment